AKU yang seringkali TERLUPA ..


AKU yang seringkali TERLUPA ..

by Zaty Mahfud on Friday, 28 January 2011 at 22:19
Tuhan Kenapa aku diuji?
kenapa aku dipilih untuk menerima ujian dariMu??..
kenapa mesti aku menerima beban masalah ini??..
AKU LUPA, bahawasanya Allah telah memberi jawapan:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta".
(Al-Ankabut: ayat 2-3)


Sedarlah...
Kehidupan itu sebenarnya pertaruhan. Justeru, Allah datangkan ujian bagi menilai sejauh mana keimanan dan ketaqwaan sebenar-benar hamba... ingatlah jika kau kuat maka kau akan menang..jika kau lemah, maka kau akan kalah. Allah tidak sesekali akan membiarkan kau dalam kealpaan. Percayalah wahai jiwa..

Tuhan kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan??..
kenapa tuhan tidak kabulkan impian??,
kenapa keinginan aku tidak jadi pilihan tuhan??..
AKU JUGA LUPA, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui" (Surah al-Baqarah : ayat 216)

Sedarlah..
Kadang-kadang apa yang kau hajatkan kau fikirkan adalah yang terbaik untuk dirimu, akan tetapi perkara yang tak terduga olehmu dengan tiba-tiba sahaja. Kau mula mengeluh dan bersedih. Lupakah kau.. apa yang kau inginkan tidak selalu indah di sisi tuhan, kerana kau menilai hanya dari segi zahir dan luaran sahaja. Boleh jadi, perkara yang tak terduga itu terbaik untukMu..sedarlah,sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tuhan kenapa Engkau uji aku seberat ini??
Kenapa aku diduga sedasyat ini??,
AKU LUPA, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." ( Surah al-Baqarah : ayat 286)

Sedarlah.....................
Jika kau diuji, yakinlah bahawasanya engkau adalah insan yang terpilih untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Yakinlah, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia melainkan kau mampu untuk menghadapinya.. sabarlah wahai jiwa, sesungguhnya pertolongan Allah akan menyusul berkat kesabaranmu..Janganlah kau berputus asa dari rahmat Allah...pelangi tidak akan muncul sebelum turunnya hujan.

p/s: jangan pinta diperkecilkan ujian...tapi PINTALAH DIPERBESARKAN TABAH..sungguh, kerana setiap ujian itu pasti ada hikmah, andai kau terus melangkah DENGAN PENUH PASRAH..BERGANTUNGLAH KEPADA ALLAH~
 ·  · Share


0 comments to "AKU yang seringkali TERLUPA .."

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters