APA SALAHNYA DILAHIRKAN SBG LELAKI LEMBUT


APA SALAHNYA DILAHIRKAN SBG LELAKI LEMBUT

by Aroma Mawar Sufi on Sunday, 06 March 2011 at 09:01


Assalamualaikum Jelitawan dan Mr Jelitawan yang dihormati,

          saya tidak tahu tajuk di atas itu kena ke tidak dengan apa yang saya nak cerita. Kisah sepuluh tahun yang lampau.
Saya mengenali seorang pelajar lelaki ini. Bagi saya, Adam seorang yang sopan dan lemah lembut. Lemah lembut tidak seperti perempuan tetapi agak lembut bagi seorang lelaki. Bercakap dengan suara yang perlahan, teratur dan penuh tata tertib. Pandai mak ayahnya mendidik dia. Orangnya biasa – biasa saja. Tak ada la hensem tetapi sedap mata memandang.

         Sangat pembersih dan kemas. Kalau diberi kerja pasti akan dilunaskannya dengan baik. Sentiasa mendapat grade yang baik. Kedatangan tidak menjadi hal.

          Pada suatu hari, dia datang berjumpa saya mengadu dengan sikap pelajar lelaki lain terhadapnya. Mereka suka membulinya…membuli dari segi suka mengusik – usiknya…Suka nak sorokkan barang – barangnya. Menggelarnya pretty boy. Mengajuk cara dia bercakap, berjalan dan sebagainya.

          Pelajar perempuan pulak…suka nak offer mekapkan dia, bertepuk tampar dengan dia, ajak dia lepak bersama mereka, ajak dia temankan mereka shopping…..Pendekata apa yang mereka buat, dia tak suka. Dia lemas dan rimas kerana tak dilayan sebagaimana sepatutnya. Pelajar lelaki dan perempuan tidak melayannya sebagai seorang lelaki.

          Saya menasihatkan pelajar – pelajar yang lain agar menghormati dia. Sudah ditakdirkan dia dilahirkan begitu. Dia bukannya pondan atau bapok, cuma dia agak lembut sikit , tu je. Kalau dia pondan sekali pun, tetap harus kita hormati dia sebagai seorang manusia. Seorang Islam. Dia juga ada hak untuk hidup dengan amannya.

          Rupa – rupanya, bila saya menasihatkan rakan – rakannya, tak kira lelaki atau perempuan, menjadi – jadi pulak mereka mengusiknya. Bila saya tanya, mereka tak mengaku. Keadaan ini berterusan di belakang saya dan guru – guru yang lain. Walau pun kami menasihati, mereka tetap buat juga. Sampainya hati mereka.




          Sehinggalah pada suatu hari, selepas cuti semester, lama dia tak kembali ke kolej. Saya mula risau dan menelefon keluarganya di rumah. Mak ayahnya segera datang. Mereka pun terkejut di mana dia menghilang. Dari mak ayahnya, baru saya tahu , dia juga diusik dan dikacau di kampung. Mana – mana dia pergi, orang kampung menggelar dia pondan, bapok, mak nyah…..

          Kami syak dia lari dari rumah. Ke mana la dia menghilang. Mak ayahnya begitu sedih sekali. Dah la dia satu – satunya anak lelaki dalam keluarga yang seramai 5 orang.

          Satu hari , saya mendapat panggilan telefon darinya,

” Salam Puan..Puan tak perlu risau pasal saya.. Saya telah ke Thailand untuk menjalani pembedahan tukar jantina.”

” Mengucap Adam..”

” Nanti dulu Puan…Dengar dulu kisah saya. Dalam perjalanan ke sana, saya berjumpa seorang pak cik dalam keretapi. Dia bertanyakan tujuan saya. Saya dengan tak tahu malunya, menangis dan menceritakan masalah saya kepada pak cik itu. Dari kecil lagi, saya digelar bapok…sedangkan saya lelaki tulin. Sakit hati dan tension, alang – alang orang kata saya bapok, biar saya jadi bapok betul! Saya buang n tukar je. Biar saya jadi perempuan betul. Puas hati mereka yang jahat mulut tu.”

Saya beristighfar…

” Pak cik tu ajak saya balik rumah dia dulu . Kami singgah di perhentian sebelum sampai ke Thailand. Saya dijadikan anak angkat oleh Pak Cik itu…Dia hantar saya belajar di pondok. Belajar agama siang dan malam. Alhamdulillah, di sini saya diterima seadanya. Tiada siapa yang mengusik saya. Saya jumpa ramai rakan – rakan yang sopan dan lembut bila berbicara. Sangat tenang mendengar buah bicara mereka. Semuanya berjubah putih dan berserban. Tolong menolong dan tidak memandang hina kepada yang lain. Damainya saya berada di sini sehingga saya mengimpikan untuk berjumpa dengan Baginda saw. Bagaimana la pulak buah bicara Baginda saw, yang terkenal dengan budi pekerti yang mulia dan agung?”

Alhamdulillah…saya menangis teresak – esak.

” Puan jangan sedih. Saya akan selalu kenang kebaikan dan usaha Puan untuk membela saya. Saya dah maklumkan kepada mak ayah saya. Mereka yang suruh saya telefon Puan sebab kata mereka , Puan sangat risau tentang diri saya. Terimakasih Puan. Saya doakan Puan akan mendapat anak yang soleh. Kalau dia lembut sekali pun, jangan dicaci dan dihina. Bukan salah dia dilahirkan begitu. Assalamualaikum.”

” Waalaikumsalam…”

Nasib baik la Adam berjumpa dengan orang yang betul di waktu yang tepat. Kalau dia teruskan juga niatnya, kamu semua yang selalu mengejek dan menghina dia nak tanggung dosa?

WALLAHUA'ALAM..
 ·  · Share


0 comments to "APA SALAHNYA DILAHIRKAN SBG LELAKI LEMBUT"

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters