ISTERI SEBAGAI PENDAMPING.
by Muslim Thought on Sunday, 06 March 2011 at 06:50
Apabila membincangkan mengenai peranan isteri bererti berbincang mengenai peranan wanita yang yang di katakan dalam Islam diletakan pada nombor dua ataupun didiskriminasikan.Pandangan seperti itu adalah jelas dan tepat. Ini kerana dalam Islam, peranan wanita adalah begitu penting, Bahkan terdapat keterangan yang menyatakan syurga berada di bawah telapak kaki ibu.Hal itu jelas membuktikan penghargaan bagi kaum wanita.
Sebuah hadis pernah melaporkan, seorang sahabat bertanya kepada nabi, "Ya Rasulullah, siapakah yang perlu saya berbuat baik terlebih dahulu?" Nabi menjawab, "Ibumu!" Sahabat bertanya lagi "Lalu?" Nabi menjawab, "Ibumu!"Sahabat bertanya kembali,"Lalu?" Nabi menjawab, "Ibumu!" sahabat bertanya lagi, "Lalu?" Nabi kemudian menjawab, "Ayahmu!" Jelas sekali nabi menyebut tiga kali untuk ibu dan satu untuk ayah. Dalam Islam, wanita memiliki nilai yang sebenar iaitu wanita solehah.
Refleksi Wanita Solehah
Sudah tentu setiap insan yang bergelar isteri bercita-cita menjadi wanita solehah.Oleh itu, perbanyakanlah belajar dari orang lain samaada masyarakat di kawasan sekitar ataupun dengan orang yang kita temui. Ambillah ilmu daripada mereka. Bahkan kita juga dapat mencontohi isteri-isteri nabi seperti Siti Aisyah yang terkenal dengan kecerdasan dan kekuatan fikiran dalam pelbagai bidang ilmu. Seorang isteri seperti beliau adalah isteri yang mampu dijadikan gedung ilmu bagi suami dan anak-anak.
Demikian juga siti Hajar sebagai salah satu contoh wanita yang memiliki sikap yang teguh. Beliau adalah lambang kemulian,kesabaran dan tawakal yang tinggi. Begitu juga Siti Khadijah, wanita pendamping pertama nabi yang terkenal sebagai seorang yang cerdas dan berakhlak mulia. Beliau adalah ciri-ciri seorang wanita solehah yang menenteramkan jiwa, penyokong yang setia dan penguat semangat suami dalam berjuang dan beribadah kepada ALLAH. Pada masa nabi mendapatkan wahyu pertama dan turun dari Gua Hirak dalam keadaan yang gelisah, Siti Khadijah berusaha menenteramkan beliau.
Bukan itu sahaja, Siti Khadijah mengorbankan harta kekayaan yang dimiliki bagi menyokong perjuangan dakwah nabi. Begitu kuatnya kesan kebaikan Khadijah hingga nama beliau banyak kali disebut oleh nabi. Dalam Islam, peranan wanita sebenarnya begitu tinggi, mulia dan terhormat.Sudah pasti sepanjang hayatnya, wanita ini sentiasa berusaha menjadi wanita yang solehah.
Thursday, October 20, 2011
// //
0
comments
//
0 comments to "ISTERI SEBAGAI PENDAMPING."
Post a Comment