Koleksi Petua Untuk Wajah Berseri dan mudah dapat jodoh
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Saturday, 29 January 2011 at 02:35
"ALLAHUMMAB'ATS BA'LAN SHOOLIHAN LIKHITHBATHII WA'ATTHIF QOLBAHU 'ALAYYA BIHAQQI KALAAMIKAL QODIIMI WABIROSUULIKAL KARIIMI BI ALFI ALFI LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM WA SHOLLALLOOHU 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA'ALAA AALIHII WA SHOHBIHI WA SALLAMA WALHAMDULILLAAHIROBBIL 'AALAMIIN."
Ertinya :
“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."
1. Jika anda ingin wajah berseri, sesekali mandi bunga dengan mencampurkan 7 jenis bunga bersama sedikit perahan limau. Bagi wanita bersalin, mandian daun-daun kayu paling baik untuk membuang angin di dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengharumkan badan.
2. Hampas kelapa boleh digunakan untuk menyental daki. Selain itu, campuran kapur makan dan perahan limau nipis pula untuk menyental daki pada ketiak dan pelipat kaki.
3. Anda juga boleh amalkan beras pulut. Goreng beras pulut tanpa minyak hingga kuning, kemudian tumbuk lumat. Ambil segenggam, titikkan air agar lembap, gosok pada bahagian bermasalah. Bagi mengelakkan kulit kering, sapukan pula gel aloe vera (lidah buaya) ataupun minyak sayur-sayuran.
4. Bedak sejuk daripada beras juga sangat berkhasiat untuk menyejukkan muka, menghilangkan ruam serta menghaluskan kulit. Biasanya, beras direndam berbulan-bulan hingga lembut, dititik di atas daun pisang dan dijemur berhari-hari. Setelah kering, disimpan di dalam mangkuk tanah dan dicampur hirisan daun pandan, bunga melati atau mawar agar berbau harum.
5. Ambil buah tomato dan kisar sampai halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Seeloknya, amalkan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah lebih kurang 1 jam atau lebih, cuci muka anda dengan air suam. Buah tomato juga elok untuk membersihkan kulit.
Saturday, October 08, 2011
// //
0
comments
//
0 comments to "Koleksi Petua Untuk Wajah Berseri"
Post a Comment