PEKERTI MULIA_hikmah menegur...
by Nur Keharuman on Saturday, 29 January 2011 at 00:38
Suatu ketika,Hasan dan Husin ternampak seorang lelaki dewasa mengambil wuduk dengan cara yang salah.Kedua-duanya tidak berani menegur lelaki tersebut kerana mereka masih kanak-kanak.Hasan lebih tua setahun daripada Husin.Namun,kedua-duanya amat disayangi oleh Rasulullah SAW.Ketika mereka masih kecil,Nabi SAW kerap meletakkan mereka di kedua-dua bahu baginda ketika berjalan dan mengunjungi para sahabat.Sabda Nabi SAW."Sesiapa mencintai keduanya9Hasan dan Husin),beerti dia mencintai aku,sesiapa membenci keduanya,beerti dia membenci aku".
Hasan berbisik bepada Husin.Mereka membuat satu rancangan untuk menyedarkan lelaki tadi.Dua kank-kanak itu kemudianya beroura-pura tudak tahu mengambil wuduk."Pak cik,bolehkah pak cik menghakimi siapakah diantara kami yang paling betul mengambil wuduk?"tanya mereka.Lelaki tersebut bersetuju menjadi hakim.Hasan dan Husin mengambil peluang itu dengan menunjukkan cara berwuduk seperti yang diajarkan oleh datuk mereka,Rasulullah SAW.
Setelah Hasan dan Husin selesai berwuduk,tahulah si lelaki bahawa dia telah silap ."Aku mengucapkan terima kasih pada kalian.Hari ini aku telah belajar cara wuduk yang betul dari kalian walaupun kalian masih kanak-kanak,"kata si lelaki merendahkan diri.Hasan dan Husin tersenyum lalu meminta diri.Sejak kejadian itu,si lelaki mengambil wuduk dengan cara yang betul seperti yang ditunjukkan oleh Hasan dan Husin.
Saturday, October 08, 2011
// //
0
comments
//
0 comments to "PEKERTI MULIA_hikmah menegur..."
Post a Comment