PERDEBATAN ILMU.





PERDEBATAN ILMU.

Sebahagian Ulama tidak menyukai perdebatan dan Perbantahan tentang Ilmu.Mereka berhujah dengan Firman Allah Taala:

" Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu,melainkan maksud membantah sahaja. " ( Az- Zukhruf : 58)

Dan Firman-Nya lagi:

" Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah." ( Al-Kahfi: 54 )

Maka Allah tidak menganjurkan perdebatan dan mencela mereka atas hal itu.

Diriwayatkan oleh Abu Umamah Al Bahili dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda:

" Tidaklah tersesat suatu kaum setelah mereka mendapat pertunjuk melainkan mereka itu suka berdebat."

Juga Sabda Baginda SAW:

" Tinggallah perdebatan walaupun kamu di pihak yang benar."

Dan diriwayatkan dengan lafaz lain bahawa Nabi SAW bersabda:

" Tidaklah seseorang dari kamu merasakan hakikat iman hingga ia tinggalkan perdebatan kerana perdebatan menyebabkan permusuhan dan permusuhan di antara kaum muslim itu haram."

Sedangkan sebahagian yang lain mengatakan bahawa perdebatan itu tidak dilarang bila bertujuan menunjukkan kebenaran.

Allah Taala Berfirman:

" Dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." ( An -Nahl: 125 )

Firman-Nya lagi:

" Kerana itu janganlah kamu ( Muhammad ) bertengkar tentang hal mereka kecuali pertengkaran lahir sahaja." ( Al Kahfi: 22 )

Juga Firman-Nya:

" Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya"....hingga Perkataan:" Lalu hairan terdiamlah orang kafir itu." ( Al Baqarah: 258 )

Diriwayatkan dari Thalhah bin Ubaidah bahawa ia berkata:

" Kami sedang membicarakan daging binatang buruan yang dimakan oleh orang yang ihram dan telah disembelihkan oleh orang yg tak ihram.Ketika itu Nabi SAW sedang tidur.Suara kami keras sehingga baginda terbangun."...Nabi SAW bertanya:" Apakah sebabnya kalian bertengkar?"....Maka kami beritahu kepadanya,kemudian Baginda menyuruh kami memakannya.Nabi SAW tidak mempermasalahkan perdebatan mereka tentang masalah itu."

Perdebatan itu boleh kerana perdebatan itu memenangkan yang hak ke atas yang batil,sedangkan usaha mencari kebenaran adalah boleh.

Sedangkan maksud atsar2 yang mengandungi larangan berdebat ialah apabila perdebatan itu dilakukan dengan cara yang tidak benar dan bertujuan untuk membanggakan diri.

Nabi SAW bersabda:

" Siapa yang belajar Ilmu untuk 3 tujuan ia akan masuk neraka iaitu:

1. Bila bertujuan membanggakan kepada para Ulama.
2. Berdebat tentangnya dengan orang-orang yang bodoh.
3. Untuk menarik perhatian manusia kepada dirinya."


0 comments to "PERDEBATAN ILMU."

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters