RINDU YANG KEMBALI ::


RINDU YANG KEMBALI ::

by Nur Keharuman on Saturday, 29 January 2011 at 01:14
rindu bertandang lagi,
aku masih seperti dulu,
tidak tahu........tidak mahu........tidak terima
jawapan kepada hadirnya rindu itu,
hati aku dirundung perasaanku sendiri..
lagi..dan lagi..dan ia terus berulang
sakit..sesak..sesal...simpati..simpan..sorok..
itulah ubat rindu yang bertandang..kerana aku tahu..
rindu itu palsu...............rindu itu tipu........rindu itu belenggu.......rindu itu mimpi.......dan rindu itu sendu
bukan niatku salahkan rindu tapi..aku benarkan salah itu ditumpahkan
atas pundakku..kerana...rinduku salah
rinduku bukan pada sepatutnya ..rinduku penambah dosa dan maksiat hatiku........malah ia juga penyokong simpanan nafsu ku..pasti..tentu..tepat sekali..
aku terus tolak..aku tak mahu...dan aku tak mahu tahu...akan semua rindu yang selalu bertandang itu..
kerana aku bahagia..
aku gembira..
aku tenang..dan juga penantian dan pengharapanku tidak sia-sia..KERANA DIA
hanya satu nama tapi cinta-Nya berjuta..itulah ALLAH S.W.T
  
rindu itu...hilang entah ke mana..
saat aku mengingati nama-Nya,....saat mataku pejam mengakui janji- janjiku
rindu itu hilang....dan aku..kembali senyum..kembali tawa riang membuah kasih dan yakin..
bahawa..benar...betul..hati itu milik-Nya..dan Dia juga yg membolak- balikkan hati..
dengan sekelip mata...besarnya kuasa RABBI ku..subhanaAllah
aku teruskan sujudku..doa dan pengharapan cinta-ku terus aku semai dan ku akan bajai..
dengan air mata..kerana aku bahagia..andai aku tahu air mataku telah kering.............hanya kerana..rindu dan cinta seorang hamba pada Penciptanya..
ku seka..titisan air yang mengalir....walaupun hatiku berbunga melihatnya..aku ingin ia terus mengalir..
kerana di situ...di situ....di situ lah...segalanya..berbatu..berpasak..antara cinta dan rindu
YANG BENAR...ATAU...yang tiruan

 doaku panjatkan..sebagai kekuatan...dan sokongan pada jalan ini..
kerana aku ingin jadi sepertinya...si dia yang ku abadikan sebagai tokoh cinta...yang setia..sebagai hamba-Nya..........................................................................................................................................
panjang hidup ini...panjang lagi.....kehidupan di sana...
sabar....aku simpan sebagai perisai..dan doa ku harap menjadi senjata..dalam perang nafsu..
itulah mujahadah...
kerana cinta..kerana inginkan-Nya....kerana Dia....kerana luas kasih-Nya........semuanya..segalanya...
aku ingin............nama-Nya bersama...aku harap..
akhirnya.......rindu palsu terhapus lagi..walaupun..aku tahu kelak..ia pasti bertandang kembali
mengetuk pintu hatiku..walaupun..telah lama aku abadikan kunci itu...hanya pada pemiliknya...juga dari jodoh pilihan-Nya..
  
pergilah sepi..dan rindu palsu..........dirinya tak bisa menyentuh kalbuku lagi.........kerana Dia telah sempurnakan segalanya................dan aku hanya hidup untuk-Nya...dan pilihan-Nya adalah dia yang aku tunggu...biar aku buta..biar aku bisu...biar aku pekak..dari terus merindu...yang sia-sia...sedangkan aku tahu
ada yang bermakna
lepaskan aku kembali...................................................................................ke laut
 ·  · Share


0 comments to "RINDU YANG KEMBALI ::"

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters