Suami, Isteri dan Tanggungjawab
Indahnya hidup bersama Islam... lelaki dan wanita saling melengkapi.. tiada persaingan... tiada doublestandard... nilaian Allah pada amal dan taqwa...
Wahai lelaki... isterimu adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti bagaimana kamu menjaga amanah tersebut... anak-anakmu juga... adakah dididik dan dibasahi jiwanya dengan Islam...
Firman Allah: "Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikannya kebaikan yang banyak." (An-Nisaa:19)
Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isterinya, anak-anaknya dan kerabatnya)."
Nabi saw bersabda :
"Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan shalat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALlah dan Rasul-Nya."
Diceritakan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:
"Barangsiapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka ALlah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub a.s kerana sabar atas menerima percubaannya. Dan barangsiapa sabar atas budi
pekerti suaminya yang jelek, maka ALlah akan memberikannya pahala sama dengan pahala Asiyah isteri Firaun."
Diceritakan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda pada waktu haji wida' setelah beliau memuji ALlah dan menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin:
"Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku utk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat
baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat
kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu.Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu kepada org yg kamu benci.
Ingatlah! kewajipanmu terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka denan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka."
Nabi SAW bersabda :
"Hendaklah kamu memberikannya makan apabila engkau sendiri telah menikmati makanan kamu, hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau sendiri berpakaian, janganlah engkau menamparnya di bahagian muka,tidak juga menyumpah seranahnya dan meninggalkannya berseorangan melainkan di dalam kawasan rumah kamu." (Abu Daud)
5 tanggungjawab suami:
1.menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
2.mengajarkan:
ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.
3.memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.
4.tidak menzalimi isteri iaitu dengan:
memberi didikan agama yang sempurna
memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan kesalahan.
bila memukul jangan sampai melampau.
Rujukan :
1.Muslimah Sejati(Darul Nukman)
2.Suami Isteri Yang Soleh (Klang Book Centre
Thursday, October 20, 2011
// //
0
comments
//
0 comments to "Suami, Isteri dan Tanggungjawab"
Post a Comment