Suamimu Jambatan ke Syurga


Suamimu Jambatan ke Syurga

by Ayda Holicqueenr on Friday, 28 January 2011 at 19:11

Merupakan satu anugerah dari Allah Subhana wa Ta’ala, apabila seorang wanita dipertemukan dengan pasangan hidupnya dalam satu jalinan kasih yang suci. Ini merupakan satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Alllah Subhana wa Ta'ala.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya , Dia menciptakan untuk kalian pasangan hidup dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)

Apatah lagi jika pendamping hidup itu seorang yang soleh, memuliakan istrinya apabila lahir sebuah cinta di hatinya. Sekiranya perasaan cinta itu tiada, suami tidak pula menghina atau membenci istrinya.

Untuk menganyam bahagia dan menjalinkan sebuah tali pernikahan itu bukan mudah, kerana ia memerlukan ilmu dan ketakwaan. Seorang suami itu perlukan ilmu agar dia tahu bagaimanakah cara benar untuk menerajui rumahtangga. Begitu juga dengan istri, dia perlu mengetahui bagaimanakah untuk menjadi seorang istri yang baik dalam rumahtangga dan juga Islam.

Mentaat Suami

Hakikatnya, suami mahupu istri mempunyai hak dan tanggungjawab yang harus ditunaikan agar jalinan itu tidak goncang ataupun terputus. Syariat menetapkan seorang suami memiliki hak yang sangat besar terhadap istrinya, sehinggakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam akan memerintahkan seorang istri itu sujud kepada suaminya.

Abdullah Ibnu Abi Aufa pernah berkata: Tatkala Mu’adz dating ke negeri Yaman atau Syam, dia melihat orang-orang Nasrani bersujud kepada para panglima dan pemimpin tertinggi gereja mereka. Maka dia memandang dan memastikan dalam hatinya bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah yang paling berhak untuk diagungkan seperti itu. Ketika dia kembali ke hadapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dia berkata, “Ya Rasulullah, aku melihat orang-orang Nasrani bersujud kepada para panglima dan pemimpin tertinggi gereja mereka, maka aku memandang dan memastikan dalam hatiku bahawa engkaulah yang paling berhak untuk diagungkan seperti itu.” Mendengar ucapan Muadz ini, bersabdalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada orang lain (sesama makhluk) nesacaya aku perintahkan seorang istri untuk sujud kepada suaminya. Dan tidaklah seorang istri dapat menunaikan seluruh hak suaminya terhadapnya. Sampai-sampai jika suaminya meminta dirinya (mengajaknya bersama) sementara ia sedang di atas pelana (yang dipasang di atas unta) maka ia harus menunaikannya (tidak boleh menolak).” (Riwayat Ahmad 4/381).

Salah satu hak seorang suami terhadap istrinya adalah mensyukuri akan kebaikan yang dilakukan dan tidak melupakan keutamaannya.

Namun, sayangnya ramai di kalangan istri tidak mengetahui hak yang satu ini. Mereka sering mengeluh dan melupakan kebaikan yang telah diberikan oleh seorang suami. Sehingga ada di antaranya sanggup berkata keji dan mengumpat di belakang suami. Padahal perbuatan seperti ini akan mendatangkan kemurkaan Allah dan azab yang pedih. Perbuatan tidak bersyukur ini merupakan penyebab mengapa majority penghuni neraka ini adalah wanita, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Diperlihatkan neraka kepadaku. Ternayata majoriti penduduknya adalah para wanita yang kufur. “Ada yang bertanya kepada baginda: “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka satu masa, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata: Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu.” (Riwayat Al-Bukhari no. 29 dan Musli  no. 907).

Al-Qadhi Ibnul Arabi radhi Allahu anhu berkata: “Dalam hadis ini disebutkan secara khusus dosa kufur/ingkar terhadap suami di antara sekian dosa lainnya kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menyatakan: Seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud kepada suaminya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menggandingkan hak suami terhadap istri dengan hak Allah, maka apabila seseorang istri itu mengkufur/mengingkari hak suaminya, sementara hak suaminya telah mencapai puncak yang sedemikian besar, hal itu sebagai bukti tersebut telah meremehkan hak Allah. Kerana itulah diberikan istilah kufur terhadap perbuatannya akan tetapi kufurnya tidak sampai mengeluarkannya dari agama.” (Fathul Bari, 1/106)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam turut mengisahkan: “Aku berdiri di hadapan pintu syurga, ternyata kebanyakan yang masuk di dalamnya adalah orang-orang miskin, sementara orang kaya masih lagi menanti untuk di hisab namun penghuni neraka telah diperintah untuk masuk ke dalam neraka, ternyata majority yang masuk ke dalam neraka adalah kaum wanita.” (Riwayat Al-Bukhari no. 5196 dan Muslim no. 2736)

Pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah keluar menuju padang untuk menunaikan solat. Setelah baginda berkhutbah dan melalui para wanita, baginda bersabda: “Wahai sekalian wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyakkan istighfar (meminta ampun) kerana sesungguhnya diperlihatkan kepadaku, majority kalian adalah penghuni neraka.” Berkata salah seorang wanita: “Apakah sebabnya kami majority neraka ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Kalian banyak melaknat dan mengkufuri kebaikan suami. Aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya namun dapat menundukkan lelaki yang memiliki akal yang sempurna daripada kalian.”

Wanita itu bertanya lagi: “Ya Rasulullah, apa yang di maksud dengan kurang akal dan kurang agama?”. “Adapun kurangnya akal wanita ditunjukkan dengan persaksian dua orang wanita dengan persaksian dengan seorang lelaki. Sementara kurangnya agama wanita ditunjukkan dengan dia tidak mengerjakan solat dan meninggalkan puasa di bulan Ramadhan selama beberapa malam (yakni ketika datangnya haid).” (Riwayat Al-Bukhari no. 304 dan Muslim no. 79). Kerana majority kaum wanita adalah ahlun nar (penghuni neraka) maka mereka menjadi jumlah yang minority dari ahlul jannah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyatakan hal ini dalam sabdanya: “Majoriti penghuni syurga adalah kaum wanita.” (Riwayat Muslim)

Oleh sedemikian, adalah tidak wajar bagi seorang wanita yang menyelisihi suaminya dengan mengkufuri kenikmatan dan kebaikan yang telah dicurahkan oleh suaminya. Sekiranya terdapat sebarang perbuatan dan tindakan yang tidak disukai, seorang istri itu tidak perlu membalasnya dengan mengkufuri dan melupakan segala kebaikannya. Sungguh, jika ada seorang istri yang tidak mahu bersyukur kepada suaminya, sementara suaminya adalah seorang yang paling banyak berbuat kebaikan, maka ia membawa maksud seseorang itu tidak akan pandai bersyukur kepada Allah Subhana wa Ta’ala. Seperti mana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Siapa yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah.” (Riwayat Abu Dawud dan At-Tirdmidzi, dan disahihkan oleh Asy-Syaikh Muqbil di atas syarat Muslim, dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/338)

Al-Khaththabi menjelaskan, menerusi hadis ini, terdapat dua perkara yang boleh di fahami:

Pertama, orang yang tabiat dan kebiasaannya suka mengingkari kenikmatan yang diberikan kepadanya dan enggan untuk mensyukuri kebaikan mereka maka menjadi kebiasaannya pula mengkufuri nikmat Allah Subhana wa Ta’ala dan tidak mahu bersyukur kepada-Nya.

Kedua, Allah tidak menerima rasa syukur seorang hamba atas kebaikan yang Dia curahkan apabila hamba tersebut tidak mahu bersyukur (berterima kasih) terhadap kebaikan manusia dan mengingkari kebaikan mereka, kerana berkaitannya dua perkara ini.” (Aunul Mabud, 13/114)
Share


0 comments to "Suamimu Jambatan ke Syurga"

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters