Bolehkah kita dapat rezeki langit dan bumi ???


Bolehkah kita dapat rezeki langit dan bumi ???

by Anti 11 Anti Illuminati Anti Freemason on Saturday, 22 January 2011 at 23:35

Allah telah berfirman kepada malaikat pembahagi rezeki :
Mana satu hambaKu yang kamu temui menujukan harapannya pada Aku semata, maka jaminkanlah rezeki untukknya langit dan bumi. Dan mana satu hambaKu yang kamu temui sendiri mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalannya..Tetapi, jika dia menuntut lebih dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan peroleh lebih dari apa yang telah Aku tentukan untuk mereka (Hadith Riwayat Abu Naim).


Agak-agak korang semua apa yg dimaksudkan dalam hadis ini?
Ada 3 keadaan yg berbeza.
1st - Bergantung pada Allah semata-mata.
2nd- Kurang percaya segala ketentuan rezeki dari Allah.
3rd- Tidak mempercayai segala ketentuan rezeki dari Allah.

Apa yang penting adalah :
Bergantung pada Allah...Yaa..bergantung sepenuhnya pada Allah SWT !!! Tapi dengan syarat...korang semua benar-benar telah meletakkan harapan padaNya semata SETELAH BERUSAHA.


Ramai antara kita mengeluh ''Aku jenuh dah cuba e2 ini..tapi masih lagi tak dapat2..ahhh aku yakin aku kena gigih lagi..'' Hasilnya..dia masih lagi tak dapat2 apa yg dia inginkan.. Tahu kenapa ??? coz salah satunya, dia kurang meyakini KETENTUAN ALLAH DAN PERTOLONGAN ALLAH SWT. Dia dh usaha, dia dah doa..tapi kurang 1...iaitu TIDAK MELETAKKAN SEGALA YG DIHAJATI KERANA ALLAH DAN TIDAK MELETAKKAN HATINYA UTK MENGHARAP SEPENUHNYA PERTOLONGAN ALLAH..

Bila ni terjadi seolah-olah timbul sifat kurang mempercayai pd Allah..''Ehh betulke aku boleh dapat..ishhh mana boleh macam tu..aku kena cuba lagi lagi lagi sampai aku nk pastikan aku dapat juga yg e2 yg ini..''

Jika kita tak dapat sesuatu ketahuilah ALLAH TELAH TENTUKAN REZEKI UNTUK HAMBANYA KERANA DIA LEBIH MENGETAHUI BAIK BURUK UTK SESESORG HAMBANYA. REDHA DENGAN SEGALA QADA' DAN QADAR DR ALLAH...PERKARA INI YG SERING KITA TERLEPAS PANDANG..AKIBATNYA BANYAK BENDA YG DIHAJATI TAK TERCAPAI COZ MENIDAKKAN KETENTUAN YG TELAH ALLAH BERIKAN.


Kesimpulan hadis : Jika kita benar-benar inginkan jaminan rezeki langit dan bumi, apa yang perlu dilakukan ialah meletakkan sepenuh harapan pada Allah SWT. Percayalah !!! Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Maka lakukan ibadah sama ada bekerja, belajar dll sebagai ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Pasti terjamin rezeki langit dan bumi kerana itulah janji Allah !!! Apa janji itu??? Ia adalah BERGANTUNG SEPENUHYA PADA ALLAH SWT.

By,
Anti 11 Anti Illuminati Anti Freemason
 http://www.facebook.com/pages/Anti-11-Anti-Illuminati-Anti-Freemason/187583897921715?v=wall

-The End-


0 comments to "Bolehkah kita dapat rezeki langit dan bumi ???"

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters