Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula


Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula

by PjOy HaSha on Sunday, 23 January 2011 at 21:19
Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula

Pengarang:Prof Dr. Ibrahim Ali Sya’wat
Penterjemah : Ust Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari
Penerbit: Perniagaan Jahabersa, 15 Jalan Dataran, 3/3 Taman Kempas, 81200, Johor Bharu, Darul Takzim( Tel :07-2351602, Faks: 07-235 1603)
Website: http://www.jahabersa.com.my/
Tebal : 393 muka surat, kulit tebal
Harga : RM 49.00


SIRI 1 : FAKTA- FAKTA SEJARAH ZAMAN JAHILIYAH DAN RASULULLAH

Bahagian pertama buku ini membicarakan tentang kedudukan bangsa Arab di zaman jahiliyah dan juga di zaman kemunculan Islam serta kesalahan-kesalahan fakta yang selalu berlaku kepada penulis-penulis ketika menulis sejarah mereka. Kesalahan fakta ini menyebabkan timbulnya pandangan serong masyarakat Islam sendiri kepada bangsa Arab jahilihiyah. Padahal daripada masyarakat Arab jahliliyah inilah lahirnya nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW. Mereka menganggap bangsa Arab tidak mempunyai apa-apa nilai yang boleh diambil kira, kerana semua daripada mereka adalah ganas dan tidak bertamadun. Penulis-penulis barat pula tidak segan untuk menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang mengutamakan nafsu dalam perjuangannya. Mereka berdalilkan Rasulullah SAW beristeri 9 orang perempuan. Gambaran yang buruk ini telah dijawab semuanya oleh penulis buku ini. Untuk menatapi ulasan penulis seterusnya pembaca bolehlah menatapi isi kandungan yang terdapat di dalam buku ini. Kesimpulan yang akan dibuat oleh pembaca ialah gambaran dan fakta yang dikemukakan berhubung sejarah zaman Arab jahiliyah dan juga zaman Rasulullah SAW banyak diresapi oleh kesalahan.


SIRI 2 : FAKTA-FAKTA SEJARAH ZAMAN KHULAFAH AR-RASYIDIN

Dalam siri kedua, buku ini membicarakan tentang kesalahan-kesalahan yang berlaku ke atas fakta-fakta sejarah di zaman khulafah al-Rasyidin. Misalnya krisis yang kononnya berlaku di antara Sayyidina Abu Bakar dengan Sayyidina Ali dan Fatimah yang banyak diputarbelit oleh golongan Syiah, krisis Khalid a-Walid dengan Khalifah Umar bin al-Khattab, gambaran salah terhadap pendirian sahabat berikutan peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman dan lain-lain lagi. Kebanyakan gambaran-gambaran ini telah diresapi oleh fakta-fakta yang salah yang turut mempengaruhi pandangan masyarakat Islam terhadap kegemilangan peribadi-peribadi yang menerajui kepimpinan pemerintahan khulafah al-Rasyidin. Akibatnya terdapat di kalangan mereka yang tidak menoleh lagi kepada kegemilangan pemerintahan yang berjaya ditunjukkan oleh khulafah al-Rasyidin dalam menyebarkan Islam, menyebarkan keadilan di dalam masyarakat, menjatuhkan dua buah kuasa besar iaitu Rom dan Parsi dan lain-lain. pada pemerintahan khulafah al-Rasyidin.


SIRI 3- FAKTA-FAKTA SEJARAH ZAMAN BANI UMAIYYAH 

Siri ini menghidangkan kepada pembaca kesalahan-kesalahan fakta sejarah yang berlaku di zaman pemerintahan Bani Umaiyyah yang telah diperbetulkan semula oleh penulisnya. Kesalahan-kesalahan fakta ini dilakukan samada kerana memenuhi perasaan dendam pihak tertentu kepada kerajaan Bani Umaiyyah atau kerana ingin mendapat tempat di sisi kerajaan Bani Abbasiyyah. Malangnya kesalahan-kesalahan ini dilariskan oleh orang-orang Islam yang tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya perkara-perkara ini. Akibatnya timbul salah faham sesetengah masyarakat terhadap pemerintahan Bani Umaiyyah. Antara kesalahan fakta yang dikemukakan oleh penulisnya ialah cerita bohong mengenai perintah khalifah Bani Umaiyyah kepada gabenornya supaya mencaci dan melaknat Sayyidina Ali di atas mimbar masjid Madinah, Yazid membunuh Al-Hussain, Marwan Al-Hakkam menipu Uthman dan menjadi punca umat Islam berpecah sehinggalah sekarang ini, Al-Hajjaj b. Yusuf Al-Thaqafi adalah seorang yang suka menumpahkan darah dan lain-lain. Pembaca akan membuat kesimpulan yang kesemua fakta yang disebutkan di atas adalah tidak benar, malah sengaja direka bagi memburukkan kegemilangan pemerintahan Bani Umaiyyah baik di Timur Tengah mahupun di Andalusia.


SIRI 4- FAKTA-FAKTA SEJARAH ZAMAN BANI ABBASIYAH FATIMIYAH DAN MAMALIK 

Bahagian akhir buku ini memaparkan tentang kesalahan-kesalahan fakta yang berlaku kepada sejarah pemerintahan Bani Abbasiyah, Fatimiyah dan juga Mamalik. Kesalahan ini dilakukan oleh para penulis yang mempunyai tujuan-tujuan yang tidak sihat seperti memburukkan kerajaan Abbasiyah, Fatimiyah dan juga Mamalik. Ketiga-tiga buah kerajaan ini telah berjaya mencatat rekod gemilang dalam memberikan perkhidmatan kepada umat Islam khususnya dan dunia umumnya. Kerajaan Islam Abbasiyah berjaya membina kegemilangan ilmu dan teknologi di zamannya. Kerajan Fatimiyah dan Mamalik juga tidak kurang hebatnya dari segi perkembangan ilmu dan rekod cemerlangnya dalam mempertahankan wilayah-wilayah Islam daripada pencerobohan tentera Mongol dan juga salib. Umat Islam mengenang jasa yang ditinggalkan oleh ketiga-tiga buah kuasa Islam ini sehinggalah ke hari ini. Malangnya sesetengah penulis Islam mengemukakan fakta-fakta yang mengelirukan masyarakat dan mengeruhkan kegemilangan ketiga-tiga buah kerajaan ini. Penulis buku ini menjawab kesemua tuduhan yang ditujukan kepada ketiga-tiga buah kerajaan ini. Misalnya tuduhan yang mengatakan khalifah Harun Al-Rasyid seorang yang suka berfoya-foya, khalifah Fatimi tidak sampai keturunannya kepada Sayyidina Ali dan juga tuduhan khalifah Al-Mu’iz daripada kalangan khalifah Mamalik telah murtad daripada Islam.

http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=608
 ·  · Share


0 comments to "Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula"

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters