eMedik: Penyakit Gusi (Periodontium)


eMedik: Penyakit Gusi (Periodontium)

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Thursday, 03 March 2011 at 00:50
Gingivitis ialah penyakit gusi peringkat awal yang hanya melibatkan tisu gusi sahaja. Periodontitis pula adalah penyakit gusi yang lebih parah dan melibatkan bahagian akar dan tisu penyokong gigi. Penyakit gusi merupakan punca utama kehilangan gigi di kalangan warga emas.


Apa yang menyebabkan penyakit gusi?
Plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah penyakit ini, antaranya;
  • merokok
  • karang gigi (kalkulus)
  • gigi palsu yang rosak atau kotor
  • stres
  • mulut kering (xerostomia)
  • diabetes
  • ubat-ubatan tertentu untuk merawat masalah kesihatan seperti epilepsi dan tekanan darah tinggi
  • masalah hormon terutamanya di kalangan wanita yang berusia

Apakah tanda-tanda penyakit gusi?
Ramai orang menghidapi penyakit ini tanpa menyedarinya. Penyakit gusi mempunyai tanda-tanda berikut:
  • gusi mudah berdarah
  • gusi merah dan membengkak
  • gigi longgar dan berubah dari kedudukan asal
  • gigi kelihatan lebih panjang
  • nafas berbau (halitosis)
  • gigi kelihatan tidak rapat

Kesan buruk penyakit gusi (Komplikasi)
Penyakit gusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan
  • rasa sakit dan bengkak yang berulang
  • kehilangan gigi
Penyakit gusi dapat disembuhkan jika dirawat dari peringkat awal.

Apa yang perlu anda lakukan supaya gusi kekal sihat?
Penyakit gusi dapat dicegah dengan:
  • mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
    • berus gigi sehingga bersih
    • gunakan flos
  • mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun



0 comments to "eMedik: Penyakit Gusi (Periodontium)"

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters