IBU…DI MANA ALLAH ?


IBU…DI MANA ALLAH ?

by Islam Always In My heart on Thursday, 03 March 2011 at 02:42
Kalau kita diajukan soalan seperti di atas oleh anak yang berusia 3 tahun ke atas , ternganga tak? Kalau tak ternganga ada tergaru – garu kepala tak? Tidak pun tergagap – gagap nak menjawabnya…..
Jangan risau. Biasalah fitrah kejadian manusia memang sudah ada dalam diri mereka persoalan, siapa mereka, dari mana, untuk apa dijadikan, siapa Tuhan, di mana Tuhan, mengapa, kenapa , bagaimana dan seribu persoalan lagi. Siapkan diri anda sebelum menjadi ibu bapa, semasa dan selepas. Anak – anak sekarang advance jadi kita pun kena lebih advance.
Di sini saya beri sedikit panduan untuk mendidik anak – anak mengenal ALLAH SWT. Kalau ada Jelitawans dan Mr Jelitawans yang ada maklumat tambahan, silakan berkongsi di sini. Sangat dialu-alukan. Tiada siapa yang pandai, tiada siapa yang bodoh. Dalam menuntut ilmu, anggap saja kita semua tak pandai, barulah banyak ilmu yang kita dapat dan lebih berkat.

1. Ajarkan anak mengenali Allah dengan cara yang paling mudah. Biasakan azan dan iqamat di telinga mereka, bukan semasa baru dilahirkan saja, lepas tu tinggal, tak buat langsung. Selalu menyebut nama Allah dan latihkan mereka menyebutnya bila mereka sudah boleh berkata-kata. Semoga perkataan pertama yang mereka boleh sebut ialah Allah, Allah, Allah seterusnya Muhammad SAW dan barulah ibu ayah atau sebagainya.
2. Ajarkan mereka mengucap dua kalimah syahadat secepat mungkin. Biasakan secara berterusan sejak dalam kandungan lagi dan diteruskan sehingga lahir dan membesar.
3. Sentiasa dialun ayat – ayat suci Al Quran, Nasyid, lagu-lagu yang ringan, lagu-lagu pendidikan…sekadar halwa telinga. Tak salah bagi saya mendengar lagu dan menikmati hiburan tetapi jangan sampai lalai dan leka. Nama pun manusia pasti suka kepada hiburan.
4. Kenalkan diri mereka dengan anggota badan mereka. Sentuh , usap dan tunjuk setiap anggota badan tersebut. Apa fungsinya, untuk apa. Gunakan ayat mudah untuk difahami sesuai dengan umur mereka.�Selitkan�info, Allah yang mencipta�dia dan semua manusia.�Contohnya, mata adik bulat. Siapa yang buat mata adik. Allah yang buat….
5.�Bawa mereka mengenali alam, melihat, menyentuh dan merasa. Contohnya, ditunjukkan sepohon pokok getah. Ajak anak sentuh, pegang batang atau peluk pokok tersebut . Apa rasa ? Licin ? Kesat? Kasar ? Keras ? Ceritakan siapa yang menjadikan pokok dan tumbuhan lain.
6. Kenalkan diri mereka dengan binatang seperti kucing, ikan, kura- kura , arnab dan sebagainya. Binatang buas dan liar wajib juga dikenalkan agar mereka tahu mana yang jinak , mana yang liar. Mana yang baik , mana yang jahat. Jangan jadi macam anak saya, ulat dikatakan ular, ular dikatakan ulat. Memang huru haralah kami sekeluarga suatu hari tu, bila dia menjerit kesukaan bila terserempak dengan ular tedung….Alhamdulillah, tak jadi apa – apa.
6. Bila anak boleh meniru tingkah laku kita, bolehlah ajar anak berwuduk.
7. Kemudian perlahan – lahan , ajar anak bersolat sebaik saja mereka boleh meniru perbuatan ibu bapa.

8.� Anda boleh �ajar pergerakan dalam solat dahulu, tidak mengapa tanpa bacaan.
9. Sentiasa mengajak mereka solat bersama, solatlah dengan penuh khusuk walau pun perhatian mereka untuk solat sekejap saja.
10. Berlemah lembut dengan mendidik mereka untuk bersolat. Asalkan mereka nak bersolat , pergerakan dan bacaan tak betul tidak mengapa tetapi jangan diabaikan terus. Harus terus mendidik sehingga cara solat dan bacaan adalah betul.
11. Jangan gelakkan anak bila pelat membaca surah – surah. Gelak dalam hati je atau pun tunjukkan keriangan yang anda suka dia boleh membaca. Pelat pun pelat la.
12. Galakkan anak solat, berapa rakaat pun tak apa, asalkan mereka solat.
13. Bila anak berumur 7 tahun, anda tidak mengalami kesukaran lagi untuk menyuruh mereka bersolat.
14. Maka insyaALLAH, tidak akan timbul masalah memukul anak ketika berusia 10 tahun ke atas jika mereka enggan solat.

15. Sentiasa berdoa agar anak mudah menerima hidayah, terang hati dan lembut hatinya bila disuruh beribadat.
16. Sentiasa menyebut nama Allah, bismillah ,allahu akbar, subhanalah, alhamdulillah dan sebagainya dalam aktiviti harian kita hatta melatah sekali pun.
17. sentiasa tanamkan �dalam diri anak yang Allah sayang dia, Allah yang menjaga dan melindungi, Allah melihat , Allah mengetahui segalanya dan seterusnya.
18. Tanamkan sikap cintakan Allah, cintakan ibu bapa, keluarga, agama dan negara.
19. Takutkan mereka dengan kemurkaan Allah bila berbuat salah…pandai – pandailah ya bila nak gertak mereka dengan hukuman dan azab dari Allah. Janganlah over pulak.
20. Bacakan mereka bed time stories sebelum tidur, lebihkan kisah – kisah nabi – , zaman kanak -kanak nabi, para wali – wali Allah, khalifah – khalifah Allah , cerita teladan Islam yang boleh mengukuhkan aqidah dan semangat cintakan Islam. Cinderella, Barbie, Snow White dan yang sewaktu dengannya, bolehlah dibaca dan diceritakan tetapi sekadar untuk pengetahuan saja. Tak baca langsung pun tak apa…he he
21. Jangan ada sikap putus asa dalam mendidik mereka.

InsyaALLAH, anda boleh menjawab apa saja soalan ketuhanan yang diajukan oleh anak-anak anda dengan adanya latihan – latihan seperti yang tersebuat di atas.
http://melurjelita.com/?p=2144


0 comments to "IBU…DI MANA ALLAH ?"

Post a Comment


Followers

About This Blog

Blog Archive

Web hosting for webmasters