Renung Sejenak
by Islam Always In My heart on Thursday, 03 March 2011 at 02:13
Abuyya Ummi
- Stephen William Hawking seorang saintis keturunan british yang dulunya seorang atheis akhirnya percaya wujudnya Tuhan dalam penciptaan alam ini atau dipanggil kosmologi. Mengikutnya tentang metafizik dalam usahanya merongkai rahsia alam unt...uk mencari hakikat alam maujud lalu dia menyebut bahawa alam semesta adalah terhingga (ada had yg akhirnya akan musnah dengan big crunch (kiamat); di luar alam semesta dimensi fizik tidak wujud; di luar alam semesta faktor kuantitatif adalah di luar imaginasi insan dan termasuk alam fizik; alam hakiki ialah alam yang berada DI LUAR alam semesta; alam semesta adalah alam relatif; alam semesta adalah akibat yg lahir dari alam haqiqi; Tuhan (Allah) tidak terikat dengan dimensi RUANG dan MASA dan penyebab terakhir adalah KETUHANAN. Katanya lagi Tuhan tidak mungkin dilahirkan atau dimatikan sebab kedua2nya memerlukan dimensi ruang dan masa. Ini bermakna apabila konsep Tuhan (Allah) tidak tertakluk kepada ruang dan masa bermakna Allah tidak bertempat yg merupakan fahaman ahli sunnah wal jamaah wp di sana terdapat golongan salafi yang mentafsirkan ayat Allah bersemayam di arasy sbg duduk di arasy tanpa sebarang takwilan:هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ ءَايَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُوالْأَلْبَابِDia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur`an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat [183], itulah pokok-pokok isi Al qur`an dan yang lain (ayat-ayat) mu-tasyaabihaat [184]. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta`wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta`wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.
Thursday, October 20, 2011
// //
0
comments
//
0 comments to "Renung Sejenak"
Post a Comment